Monday, 3 August 2015

Tips menggayakan jubah/dress PLAIN

Hari ini KakSeri menggayakan koleksi Sara by JubahEksklusif SeriAishah.

Menggunakan fabrik jenis Moussecrepe plain yang tebal tetapi sangat sedap dipakai. Yang penting tak payah gosok. Ahakss.

Tips #1 : Sangkut (guna hanger) selepas basuhan, bila kering terus sangkut dalam gerobok baju a.k.a almari baju.

KakSeri suka designnya yang flare dibahagian bawah, terasa macam princess eh silap, queen!

Bila menggayakan jubah/dress PLAIN, perlu berhati-hati kerana kebarangkalian fabrik akan mengikut bentuk lengkuk/susuk badan dan menampakkan garisan panty sangat tinggi.

Terutama apabila kita dalam keadaan posisi membongkok (sambil pilih biskut raya).

Tak kiralah apa fabrik yang digunakan samada lycra, moussecrepe, satin, chiffon, cotton dan seterusnya.

Tips #2 :Pakai kain di bahagian dalam yang agak tebal seperti palazo, skirt atau kain dalam dari jenis cotton. 

Fabrik cotton juga tidak mempunyai kesan 'statik'/melekat khususnya bila berada di tempat sejuk.
Elakkan menggunakan kain dalam dari jenis satin yang lembut dan licin. Ini akan memburukkan lagi keadaan sebab ia akan melekat pada tubuh.

Tips #3 : Gayakan dengan tudung yang bercorak atau pelbagai warna. Ini akan menaikkan seri pakaian. Menyerlahkan keanggunaan pemakai.

Tips #4 : Labuhkan hijab sehingga ke bawah paras pinggang. Menutupi bahagian belakang sehingga ke paras punggung. Nampak sangat sweet!

Hari ni, ada jamuan raya (lagi) di pejabat. Temanya biru. So, KakSeri gayakan koleksi SARA berwarna biru 'azure' dan shawl pashmina multicolor.

Hari ni pula hari selasa, hari merah jambu/ungu. Warna kasih sayang .

Jadi KakSeri serlahkan warna pink melalui inner neck by Anizon. Owh, inner neck ni sangat sangat selesa. Fabrik cotton yang membujurkan muka KakSeri yang sebulat (dan seseri) bulan purnama.
Berminat nak tahu lebih tentang inner neck by Anizon ni, boleh roger SeriAishah_Apparel di 019-9826632.

Ok. Panjang benar celoteh diari raya kali ni.
Jangan jemu membaca ya. Nanti KakSeri tulis lagi. 

Pesan KakSeri : Pakaian mencerminkan peribadi.
Lihat koleksi Puteri SARA disini

http://seriaishah.com/shoppe/koleksi-puteri-sara-by-seriaishah

#moodraya #diariraya2015 #tips #tipswarna  #KakSeri #SeriAishah #JubahEksklusif #JubahEksklusifSeriAishah


No comments:

Post a Comment