Sunday, 16 August 2015

Eksklusif untuk anda

Jubah Eksklusif SeriAishah direka untuk mereka yang mahu ringkas, cepat namu  kekal bergaya mengikut suasana.

+ tak perlu gosok
+ material yang selesa, sejuk
+ pelbagai corak untuk pilihan ke pejabat atau santai atau ke majlis formal
+ potongan polos dan material bercorak sembunyikan bentuk badan
+ patuh syariah untuk dijadikan pakaian solat

Yang penting semua pelanggan Jubah Eksklusif SeriAishah akan ulang beli. Bukan sehelai tapi berhelai-helai.

Alhamdulillah.

Anda bila lagi? Jemput ke web kami untuk pilihan dan pembelian online.

Seriaishah.com/shoppe

Hubungi kami di 019-9826632 / 013-3976632

#jubah #dress #jubahmuslimah #JubahEksklusif #LycraEksklusif #polos #solatready #wudhumesra #takpayahgosok #SeriAishah #KakSeri  #jubahpilihan #JubahEksklusifSeriAishah

Tuesday, 11 August 2015

Warna warni harian


Memulakan dengan gambar paling kiri dan susunan mengikut pusingan jam.

AHAD hari HITAM
ISNIN hari  PUTIH
SELASA hari PINK/PURPLE
RABU hari  BIRU
KHAMIS hari KUNING/OREN
JUMAAT hari HIJAU
SABTU hari MERAH

KakSeri menggayakan tips warna ini samada pada warna JubahEksklusif SeriAishah atau pada warna inner neck/shawl.

Sememang rutin mingguan. Tips warna ini sangat membantu KakSeri mempelbagaiakan warna almari baju. ☺

KakSeri sukakan koleksi JubahEksklusif SeriAishah kerana menyediakan kemudahan memilih pakaian pelbagai warna dari putih sehingga hitam.

Andai kata, mahu ikuti tips warna harian ini, koleksi JubahEksklusif SeriAishah dapat membantu kita buat pilihan terbaik.

Lihat dan pilih Jubah/Dress SeriAishah di sini.
seriaishah.com/shoppe

Follow IG di
@seriaishah_apparel
@seriaishah_apparel
@seriaishah_apparel


Hubungi kami di 013-3976632 / 019-9826632

#JubahEksklusif #dressmaxi #JubahEksklusifSeriAishah
#patuhsyariah #polos #tutupaurat #takperlugosok #kemasbergaya #wudhumesra #solatready #love #confident #selesa #yakindiri #KakSeri #SeriAishah #senyum

Monday, 3 August 2015

Tips menggayakan jubah/dress PLAIN

Hari ini KakSeri menggayakan koleksi Sara by JubahEksklusif SeriAishah.

Menggunakan fabrik jenis Moussecrepe plain yang tebal tetapi sangat sedap dipakai. Yang penting tak payah gosok. Ahakss.

Tips #1 : Sangkut (guna hanger) selepas basuhan, bila kering terus sangkut dalam gerobok baju a.k.a almari baju.

KakSeri suka designnya yang flare dibahagian bawah, terasa macam princess eh silap, queen!

Bila menggayakan jubah/dress PLAIN, perlu berhati-hati kerana kebarangkalian fabrik akan mengikut bentuk lengkuk/susuk badan dan menampakkan garisan panty sangat tinggi.

Terutama apabila kita dalam keadaan posisi membongkok (sambil pilih biskut raya).

Tak kiralah apa fabrik yang digunakan samada lycra, moussecrepe, satin, chiffon, cotton dan seterusnya.

Tips #2 :Pakai kain di bahagian dalam yang agak tebal seperti palazo, skirt atau kain dalam dari jenis cotton. 

Fabrik cotton juga tidak mempunyai kesan 'statik'/melekat khususnya bila berada di tempat sejuk.
Elakkan menggunakan kain dalam dari jenis satin yang lembut dan licin. Ini akan memburukkan lagi keadaan sebab ia akan melekat pada tubuh.

Tips #3 : Gayakan dengan tudung yang bercorak atau pelbagai warna. Ini akan menaikkan seri pakaian. Menyerlahkan keanggunaan pemakai.

Tips #4 : Labuhkan hijab sehingga ke bawah paras pinggang. Menutupi bahagian belakang sehingga ke paras punggung. Nampak sangat sweet!

Hari ni, ada jamuan raya (lagi) di pejabat. Temanya biru. So, KakSeri gayakan koleksi SARA berwarna biru 'azure' dan shawl pashmina multicolor.

Hari ni pula hari selasa, hari merah jambu/ungu. Warna kasih sayang .

Jadi KakSeri serlahkan warna pink melalui inner neck by Anizon. Owh, inner neck ni sangat sangat selesa. Fabrik cotton yang membujurkan muka KakSeri yang sebulat (dan seseri) bulan purnama.
Berminat nak tahu lebih tentang inner neck by Anizon ni, boleh roger SeriAishah_Apparel di 019-9826632.

Ok. Panjang benar celoteh diari raya kali ni.
Jangan jemu membaca ya. Nanti KakSeri tulis lagi. 

Pesan KakSeri : Pakaian mencerminkan peribadi.
Lihat koleksi Puteri SARA disini

http://seriaishah.com/shoppe/koleksi-puteri-sara-by-seriaishah

#moodraya #diariraya2015 #tips #tipswarna  #KakSeri #SeriAishah #JubahEksklusif #JubahEksklusifSeriAishah


Sunday, 2 August 2015

HITAM


KakSeri sambung lagi tips pemilihan pakaian mengikut warna hari.

Hari Ahad dikaitkan dengan warna hitam iaitu warna istirehat.
Dalam tips warna pakaian, tidak semestinya warna harian itu ditonjol sepenuhnya, memadai andai ada coretan warna tersebut di pakaian.

Gambar: KakSeri menggayakan JubahEksklusif SeriAishah Kod PA310 yang mana warna hitam bukanlah warna asas tetapi warna hitam agak menyerlah dalam corak 'english' nya.

Seperti biasa penggunaan warna contrast untuk inner dan shawl. Warna yang paling sedikit di jubah/dress.

Penggunaan tips warna harian ini ada kaitan langsung dengan 'healing factor'.
Walaubagaimanapun, penggunaan tips ini juga secara amnya mewujudkan kreativiti mempelbagaikan dan menceriakan warna pakaian harian kita.

Seterusnya meningkatkan produtiviti kerja kita!

#tipswarna #tips #warna #KakSeri #SeriAishah #JubahEksklusif #LycraEksklusif #dress #patuhsyariah #polos #solatready #JubahEksklusifSeriAishah

Saturday, 1 August 2015

WARM


Adakala, KakSeri suka menggayakan warna-warna contrast dalam berpakaian. Untuk menimbulkan impak CERIA dan MERIAH.

Hilangkan mood SATU TONA dan KUSAM.

Kali ini KakSeri gabungkan warna dress keemasan/coklat bercorak leopard eksklusif (dari koleksi JubahEksklusifSeriAishah) dengan shawl plain berwarna merah.

Tanya :
Kenapa warna merah, KakSeri?

KakSeri :
1. Sebab Hari ini hari Sabtu, hari merah. ☺
2. Merah dan emas/coklat adalah gabungan 2 warna WARM.

WARM? Apa tu?

Setiap kita ada kategori warna yang sesuai yang akan MENYERLAHKAN warna kulit kita. Samada dari kategori WARM atau COOL.

Warna-warna WARM sesuai dengan warna kulit KakSeri. Warna seperti Merah, Oren, Kuning, Hijau.

Sementara warna COOL pula seperti Biru, Merah Jambu, Ungu.

Apa pula kategori yang sesuai dengan warna kulit kawan-kawan semua? Bila dah tahu, lebih mudah nak pilih warna pakaian kita bile pegi shopping.😊

Shopping online JubahEksklusif SeriAishah di seriaishah.com/shoppe

#tipswarna #tips #dress #jubah #maxi #LycraEksklusif #polos #solatready #wudhumesra #takpayahgosok #SeriAishah #JubahEksklusifSeriAishah